Monday, 28 May 2012

Keyakinan

"Keyakinan hati ini, membuatkan aku memilih jalan ini. Selamanya akan, aku pasrahkan, hidup dan mati hanya padaMu."

Senyum. "Sedap suara, tapi sayang hari nak mendung sudah."

Papppp! Kuat menyengat tamparan hingga di peha orang disebelah.

"Nak duduk kat sebelah tu, jangan banyak bunyik."

Ketawa kecil kedengaran disebelah. Dia menarik nafas dan menghembus lemah kemudiannya.

"Haih, dah mengusik saya pon mengeluh ni apa kes? Biasanya gembira macam apa je."

Dia melepas ketawa sedikit. Melepaskan nafas lagi.

"Otak saya jammed. Totally packed."

Senyap. Dia faham je kenapa otak dia ni jammed dan packed. Dan tak guna kalau dia bising-bising tanya kenapa. Sebab dia memang tahu kenapa.

"Dengarkan saya nyanyi tadi?"

Dia angguk.

"Kalau kata dah pasrahkan, kalau kata dah berserah, berlapang dadalah sayangku. Dia ada bersamamu."

Tuesday, 22 May 2012

Soon to come.


“Assalammualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Senyum diukir.

Kerusi ditarik, lalu dia duduk. Mereka berhadapan.

“Apa cerita, In? Dua tahun tak balik.” Ikmal senyum panjang sentiasa.

Zarin ketawa. “Kau punya pasal la!”

“Dah aku pulak yang kena?” Ikmal tayang muka pelik.

“Kau ingat tak kau cakap apa kat aku sebelum aku fly the last time aku balik tu?”

Berkerut-kerut kening Ikmal mengingati memori yang satu itu. Tiada. Entah apa yang dikatakan kepada Zarin waktu tu.

“Apa eh? Tak ingat langsung serious!”

“Kau suruh aku cari diri sendiri waktu aku mengadu kat kau kes aku tu. Kau kata aku kena reflect balik diri aku kenapa Ummi buat aku macam tu. And aku cuba, and looked what I found.”

“Apa yang kau jumpa?” Ikmal senyum.

“Ni.” Zarin letak kedua tapak tangan di dada.

Meledak ketawa Ikmal. “Jangan nak jiwang sangat! Aku hempuk kau kang baru tau! Tau lah dah pandai bercinta-cinta abadi sekarang tapi jangan nak jiwang sangat. Pening kepala aku.”

Zarin juga ketawa sekali dengan Ikmal.

“So apa perbezaan balik Malaysia sekarang, dengan balik Malaysia dulu?”

Zarin senyap sekejap. Pandangan dihala ke luar kedai. Remaja-remaja perempuan baik lelaki berpusu pusu masuk ke shopping mall. Ada yang berpegang tangan lelaki perempuan. Tanpa ada rasa bersalah. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka. Zarin menggeleng-gelengkan kepala. He was once one of them. Zarin tarik nafas.

“Balik sekarang, aku dah sedar yang aku membazir terlalu banyak masa dulu. Tu, aku dok buat apa yang dorang tengah buat dengan gembiranya. Tanpa sedikit pon teringat, yang kat atas sana tu, yang dok sayang aku, tengah tengok apa aku buat. Tengah kira-kira nak bagi balasan apa kat aku.” Zarin tarik gelas air. Dia hirup sedikit. Kemudian melepaskan nafas lagi. Mungkin nafas sesalan dengan perkara lampau.

“Dunia kita dulu, dengan dunia kita sekarang dah terlampau banyak jauh bezanya. Waktu aku mula-mula join dulu, kau tak perasan ke aku yang dok weird semacam nak join korang yang dok suka melenjan memalam buta?” Ketawa Ikmal.

Zarin ketawa. “Ingat, ingat, ingat. Tapi kita orang peduli apa kau nak weird ke hape, nak lepas gian beb. Hahaha. Kelakar jugak kita zaman dulu.”

“Zaman dulu lah sangat. Baru dua, tiga tahun lepas. Aku, waktu kau confessed yang kau dah jumpa apa yang kau cari, tak tahu nak cakap macam mana syukur aku kat Dia. At least ada orang yang aku boleh berkongsi rasa.”

“Kau apsal nak perempuan sangat? Berkongsi rasa konon.” Zarin pula yang meledak tawanya.

Ikmal sambung ketawa Zarin. “Kau jangan nak geli geleman kalau satgi aku hantar sms uhibbuka fillah kat kau.”

“Choyyy! Jiwang amat!”

Ketawa mereka dua pecah di meja hujung restoran itu.

Sunday, 13 May 2012

just because

"Teruslah memberi dan memberi. Sebab hati manusia tu, Allah yang pegang. Kita jalankan tugas kita, dia orang nak tersentuh or dengar ke apa ke, itu kerja Allah dan itu di pihak mereka. Kita, yang tahu dan faham ni, terus memberi." 

 Dia berteleku. Senyap. Tak berkutik. 

"Saya bukan nak membebel, tapi kalau kita asyik mengeluh dengan 'kerja' kita, apa guna Allah bagi tahu dan faham?" 

Senyap lagi. Lama. 

"Tapi salah ke saya meluahkan? Kata kena telus. Pastu bila saya telus awak membebel, kalau saya simpan pon awak membebel. Habis tu? Macam mana?" 

Dia senyum. "Awak tahu kan kenapa saya garang dengan awak?" 

Muka tak puas hati ditayang. 

"Just because, I love you because of Allah. Saya nak awak jadi hamba Dia yang paling cemerlang, so that nanti awak boleh enjoy dekat syurga best-best."

Saturday, 21 April 2012

Bercintalah dengan Pencipta dahulu sebelum bercinta dengan makhlukNya

"Bercintalah dengan Pencipta dahulu sebelum bercinta dengan makhlukNya." 

Kata-kata kakak itu terngiang-ngiang di telinganya. Makhluk Allah itu bukan spefikasinya hanya kepada manusia. Boleh jadi harta dunia yang kita ada sekarang ini. Boleh jadi pekerjaan kita sekarang. Boleh jadi pelajaran kita sekarang. Boleh jadi apa sahaja. Cinta itu luas, dan semuanya cinta selain kepada Allah adalah penyakit. Dan cinta kepadaNya sahaja penawarnya. 

 Dia mengeluh perlahan. Susahnyaaa jalan ni. Haruslah susahkan, sebab syurga tu bukan menda murah yang you can see tepi jalan punya stuff. No, syurga is not that. Syurga is something beyond your imagination. Syurga is the only place where you can rest from the tiredness of your mujahadah in the dunya. Sebab itulah orang kata, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. 

 Senyum diukir. Kerana dia telah memilih jalan ini, and this is the only road that she'll ever have. Senyum lagi panjang. Semoga pahitnya jalan ini bertukar menjadi manis di syurga nanti. Eh, konfiden je kan masuk syurga. Tak pe. Tanpa mimpi takkan ada realiti. Tanpa jangan hanya tahu bermimpi, menjadikan ianya realiti bererti usaha harus sekali. Baru lah Allah bagi. Hey, it rhymes. Hahaa. Okay dah shut it. 

 Butang 'post' ditekan. Semoga ini menjadi coretan hati yang buat dia akan tersenyum nanti.